#2. MENANGKAP IDEA : SAMBUTAN KARPET MERAH

red-carpet

Seperti yang ditulis sebelum ini, idea boleh muncul secara tiba-tiba atau dicari (baca di sini). Baik ia muncul secara tiba-tiba atau dicari, ia perlu ditangkap.

Jika tidak, ia akan jadi rama-rama yang berterbangan. Meninggalkan kita.

Kalau hendak menangkap rama-rama , lepidopterist atau pengkaji rama-rama dan serangga memerlukan tangguk dan sampul glassine. Jadi sebagai seorang bakal penulis atau penulis, apa alat yang kita perlukan untuk menangkap idea? Teruskan membaca

FANA SIRI #8

BAB 19

Rozel Rotchield, isteri kepada Richard Rotchield, jatuh hati sebaik melihat Sayyid Mikyad yang sangat baik parasnya itu. Senyuman comel Sayyid Mikyad ketika pertama kali ditatap berjaya menambat hatinya dalam sekelip mata. Perasaan itu mudah wujud kerana dia sudah sekian lama inginkan anak lelaki. Perkongsian hidupnya dengan Richard Rotchield dikurniakan dengan dua orang cahaya mata tetapi kedua-duanya perempuan.

Rozel mengambil Sayyid Mikyad. Diciumnya pipi dan digomolnya tubuh gebu Sayyid Mikyad semahu-mahunya. Dia sudah lama tidak berperasaan begitu sejak kelahiran anak bongsunya dua tahun lalu. Lantas dia cepat merasakan Sayyid Mikyad tidak ubah seperti anak kandungnya sendiri. Richard Rotchield melihat tingkah laku Rozel itu. Terbit rasa simpatinya terhadap isteri kesayangannya itu.

“Siapa nama anak ini, Rukh?” tanya Rozel kepada Richard Rotchield. Rukh ialah nama panggilan Rozel untuk Richard Rotchield. Teruskan membaca

FANA SIRI #5

Bab 13

Dua buah kumpulan ditubuhkan untuk menghantar kembar itu ke Jira, Tanah Melayu.

Kumpulan Syeikh Hakim menggunakan jalan laut untuk ke Jira. Mereka akan menggunakan laluan : Pelabuhan Bisza – Lautan Atlantik Utara – Lautan Atlantik Selatan – Lautan Hindi – Laut Arab – Laut Bengal – Laut Andaman – Selat Jawi – Pelabuhan Darul Haq di Jira. Bahaya menanti mereka di Lautan Atlantik Utara, Lautan Atlantik Selatan, Lautan Hindi . Segitiga Syaitan dan USS Nimitz menunggu di kedua-dua lautan itu.

Izzuddin sudah dihubungi. Dia adalah keturunan Barbossa yang sudah bermastautin di salah sebuah pulau di Lautan Atlantik. Dia yang amat mahir dalam ilmu pelayaran dan lautan bersetuju untuk mengiringi Kumpulan Syeikh Hakim dari Pelabuhan Bisza hingga ke Laut Arab. Di situ Kumpulan Syeikh Hakim akan diserahkan pula kepada Noh Reis yang sebati dengan Laut Arab. Tiba di Lautan Hindi, tugas untuk mengiringi Kumpulan Syeikh Hakim itu hingga ke Selat Jawi akan tergalas dibahu Jehan Angria. Angkatan Laut Tanah Melayu akan mengambil alih tugas Jehan Angria di Selat Jawi hingga sampai di Pelabuhan Darul Haq.

Sauh Jiwa Laut, kapal kontena yang membawa kumpulan Syeikh Hakim itu pun dinaikkan. Jiwa Laut belayar tenang  meninggalkan Pelabuhan Bisza. Di anjungan, anak-anak kapal Izzuddin tenang mengemudi kapal kontena yang amat besar itu keluar dari muara dengan arahan daripada Izzuddin. Selepas beberapa ketika lautan luas pun terbentanglah di hadapan mereka. Teruskan membaca

FANA SIRI #2

BAB 3

Upacara pengebumian Nathan Rotchield itu dihadiri oleh tiga ratus lebih orang penting dari seluruh pelusuk Alam Hitam. Dua belas ketua keluarga, ahli-ahli Majlis Alam Hitam, orang-orang berpengaruh dan ketua-ketua negara Alam Hitam diberi peluang untuk melakukan penghormatan terakhir. Kawasan perkuburan rahsia itu dikawal rapi oleh oleh ratusan pengawal keselamatan terlatih. Beberapa buah helikopter Apache berteknologi terkini mengawasi ruang udara. Nun di atas langit yang lebih tinggi beberapa buah jet pejuang berteknologi terkini juga bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Beberapa buah kenderaan anti-misil ditempatkan di tempat-tempat paling strategik. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem radar juga ditempatkan di kawasan sekitar. Begitulah pentingnya manusia bernama Nathan Rotchield itu. Pengebumiannya mengalahkan pengebumian mana-mana ketua negara.

Upacara pengebumian Nathan Rotchield itu berlangsung singkat. Selepas selesai hadirin pun pulang ke tempat masing-masing. Kecuali tiga belas ketua keluarga yang juga adalah ahli-ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam yang berhimpun di dalam sebuah bilik mesyuarat yang terletak di tingkat lima bawah tanah Istana Abadi. Istana Abadi itu terdiri daripada sepuluh tingkat. Lima tingkat di atas permukaan tanah dan lima tingkat lagi di bawah permukaan tanah.

Mereka duduk mengelilingi sebuah meja panjang yang besar. Dua buah kerusi di kedua-dua hujung meja itu masih kosong.

Salah seorang daripada ketua keluarga daripada tiga belas keluarga itu bangun. Dia meminta perhatian semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Semua perbualan terhenti. Seluruh mata tertumpu kepada lelaki tersebut. Teruskan membaca

FANA SIRI #15

BAB 29

Selepas berjalan beberapa jam akhirnya Sayyid Muhaimin dan sahabat-sahabatnya itu tiba di hadapan sebuah gua yang disebut sebagai Gua Balam itu.

Mereka masuk ke dalam gua tersebut. Gua itu bersih, nyaman dan berbau harum. Lantai gua itu bersih. Tiada najis kelawar walau setompok pun. Tiada juga daun-daun kering walau sehelai pun. Kelihatan lantai itu seperti selalu disapu oleh seseorang. Di kiri kanannya terdapat mata air yang mengalir tenang. Airnya jernih kristal.

Mereka tiba di tengah-tengah gua itu. Ruang tengah gua itu besar. Berbentuk bulat. Siling di situ tinggi berbanding ruang lain. Siling itu berlubang di lima tempat. Cahaya matahari menembusi ruang tengah gua itu melalui lubang-lubang itu. Jalur-jalur cahaya matahari itu membentuk tompokan-tompokan cahaya yang amat cantik di tengah-tengah ruang tersebut. Beberapa ekor burung berwarna warni keluar masuk dari lubang-lubang itu. Berpusing-pusing di sekeliling ruang tersebut dan kemudian menghilang keluar melalui lubang-lubang itu. Beberapa mata air pula kelihatan keluar dari dinding-dinding gua itu. Bertingkat-tingkat dan membentuk satu pancuran air yang amat mempesonakan. Percikan air pancut itu menghasilkan bunyi yang menenangkan hati. Tempias yang dihasilkannya pula menyamankan udara sekitar.

“MasyaALLAH…” ucap Sayyid Muhaimin dan sahabat-sahabatnya. Mereka terpesona dengan keindahan alam tersebut.

Di atas batu hampar, di bahagian kanan ruang tersebut, di sebalik air-air pancut, kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk tahiyat akhir. Beberapa saat kemudian dia pun memberi salam. Kemudian menadah tangan untuk berdoa. Sesudah berdoa lelaki tua itu menoleh perlahan lalu melemparkan senyuman. Teruskan membaca

KAWAN

Aku nak cerita satu kisah ni pada kau. Terpulang pada kau nak percaya ke tidak.

Aku ada seorang kawan. Namanya Lan. Dia selalu kata dia boleh nampak hantu. Pada mulanya dia sendiri tak tahu bagaimana kebolehan itu ada pada dia. Tetapi dia cerita pertama kali dia tahu ada kebolehan tu ialah pada hari kematian Tok Ngah, datuknya. Teruskan membaca

PUAKA

Jam dinding menunjukkan pukul 11.35 pagi. Di salah satu seksyen di bahagian pengeluaran kilang sarung tangan getah itu, seorang perempuan sedang memegang-megang pinggangnya. Dia sedang mengandung. Kandungannya genap tujuh bulan hari ini. Sejak sepuluh minit yang lalu bayi di dalam kandungannya itu menendang perutnya tidak henti-henti. Butir-butir peluh yang berbintik di dahinya pecah, mengalir melepasi hidung, turun ke dagu dan menitis ke lantai.

“Kau okey ke Mar?” tanya Awin, rakan sekerja yang mendekatinya selepas melihat keadaannya dari jauh tadi.

“Okey, okey,” jawab Mar sambil mengesat peluh di dahi dan muka. Kemudian meraba-raba perut dan pinggangnya.

“Betul ke kau okey? Aku tengok macam tak okey je,” kata Awin. Teruskan membaca

SIAL

Van itu dipandu laju. 140 kilometer per jam. Lampu-lampu jalan tidak bernyala. Sudah lebih seminggu rosak. Masih belum dibaiki pihak berwajib. Suasana amat gelap. Di kiri kanan jalan, hutan kecil. Samar-samar beberapa ratus meter di hadapan terdapat satu selekoh.

Pemandu van baru meneguk air tenaga isotonik Red Bull. Dia masih segar. Belum mengantuk walau sedikit pun. Lagu rancak Search yang dimainkan Suria FM menyebabkan dia lebih segar. Dia ikut menyanyi dan kakinya berderap mengikut rentak lagu.

Dia memandang penumpang di sebelahnya lalu menggelengkan kepala.

Asal masuk kereta saje mesti tidur. Bukan nak teman aku jaga. Nasib baik aku tahan mengantuk. Ngomelnya di dalam hati.

Dia menoleh sepintas lalu. Kepalanya digeleng semakin kuat.

Semua dah tidur. Dia orang ni tak boleh harap langsung! Ngomelnya terus dalam hati.

Dia terus memandu. Selekoh tajam itu diambil dengan berhati-hati. Di separuh selekoh itu, darahnya berderau.

Apa tu? Tanyanya di dalam hati. Teruskan membaca