FANA SIRI #21

Bab 46

Dari Suite 666 Roshil terus sahaja menemui Shawn, orang hubungannya itu. Dia diberi pakej yang dimintanya iaitu satu identiti baru yang mengandungi butiran peribadi baru, akaun bank maya baru, rupa baru menggunakan teknologi topeng terkini dan tiket kapal terbang ke Negara Laut atas nama identiti barunya itu. Shawn hanya dapat menguruskan perjalanannya ke Negara Laut sahaja. Dari situ seorang kenalan Shawn akan mengambil alih.

Dia menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Dia berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya. Kini dia berada di sekatan jalan raya terakhir yang dibuat sepuluh meter dari lapangan terbang. Kali ini pemeriksaan dilakukan dengan lebih ketat.  Semua yang melalui sekatan itu perlu melalui proses pengesahan cap jari.     Teruskan membaca

FANA SIRI #20

Bab 43

“Roshil terlibat?!” Richard Rotchield terperanjat besar.

“Benar,” jawab Aharon. “Hugo mengesahkan perkara ini. Jacob yang membocorkan rahsia tersebut.”

“Aku tidak percaya!” tegas Richard Rotchield. Dia terhenyak di sofa kulit di dalam pejabatnya di Pusat Dagangan Satu Dunia, PDSD. Tangannya segera memicit-micit pelipis kepalanya yang tiba-tiba berdenyut-denyut keras.

Aharon tersenyum sahaja melihat reaksi biasa Richard Rotchield jika berdepan masalah.

Tidak lama selepas itu Richard Rotchield bersuara kecewa, “Aku sukar hendak percaya…”

“Tetapi itulah kebenarannya,” balas Aharon. “Hugo adalah agen terbaik PPA. Kes yang dikendalikannya 99 peratus tepat. Aku tahu tuan kecewa. Tuan perlu terima hakikat bahawa dia tidak sama dengan kita. Sekarang hal ini benar-benar terbukti apabila dia lebih simpati kepada musuh berbanding tuan yang membesarkannya.” Teruskan membaca

FANA SIRI #19

fana

Bab 40

Roshil dan kawan-kawannya berjaya mengusahakan sesuatu. Mereka membuat satu rancangan untuk melepaskan Sayyid Muhaimin dan Tok Mula dari penjara rahsia itu.

Lalu pada malam tanpa bulan itu mereka pun melaksanakan rancangan yang telah diatur rapi itu.

Dua buah bot laju 11M RIB mendarat di bahagian utara Pulau Merah. Lima orang anggota Pasukan 6 SEAL yang diketuai oleh Matthew turun dari bot laju tersebut. Kesemua mereka adalah kenalan Roshil.

Matthew dan anak buahnya memasuki hutan kecil di situ. Mereka meredah hutan tersebut lebih kurang lima belas minit dan akhirnya tiba di pinggir penjara rahsia. Mereka diam di situ sambil menanti isyarat. Teruskan membaca