#2. MENANGKAP IDEA : SAMBUTAN KARPET MERAH

red-carpet

Seperti yang ditulis sebelum ini, idea boleh muncul secara tiba-tiba atau dicari (baca di sini). Baik ia muncul secara tiba-tiba atau dicari, ia perlu ditangkap.

Jika tidak, ia akan jadi rama-rama yang berterbangan. Meninggalkan kita.

Kalau hendak menangkap rama-rama , lepidopterist atau pengkaji rama-rama dan serangga memerlukan tangguk dan sampul glassine. Jadi sebagai seorang bakal penulis atau penulis, apa alat yang kita perlukan untuk menangkap idea? Teruskan membaca

Advertisements

#1. Idea : Dari mana, misteri, tunggu atau pancing?

Di mana-mana.

great-idea

Apa itu idea? Idea adalah cetusan fikiran.
Sejak bergelar novelis, soalan yang paling banyak ditanya orang ialah di mana aku dapat idea untuk menulis novel?
Selalunya aku akan jawab : “Di mana-mana.”
 Jawapan aku ini selalunya akan membuatkan mereka berkerut dahi atau memandangku dengan raut muka tak percaya. Mereka tidak dapat menerima jawapanku itu. Mereka mengharapkan jawapan yang luar biasa. Teruskan membaca