Laskar Pelangi – Andrea Hirata

Laskar Pelangi

Laskar Pelangi adalah novel pertama dalam tetralogi Laskar Pelangi. Ia mengisahkan tentang sebelas orang anak melayu Belitong yang digelar sebagai Laskar Pelangi oleh guru mereka, Ibu Muslimah, kerana kesenangan mereka terhadap pelangi, yang menempuhi pendidikan dasar dan menengah dengan pelbagai halangan tanpa menyerah kalah. Watak yang paling menonjol di dalam novel ini ialah Lintang dan Mahar. Lintang, si genius dan Mahar seniman cilik yang menggemparkan, memberi begitu banyak warna di dalam novel ini. Kisah mereka berdua selalunya memberi ketawa berdekah dan sedih lara yang berkesan kepada pembaca. Begitu juga dengan sembilan orang kawan-kawan lain yang turut memaknakan novel ini.

Teruskan membaca

Sang Pemimpi – Andrea Hirata

Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati…

 

 

Sang Pemimpi ialah novel kedua dalam Tetralogi Laskar Pelangi karangan Andrea Hirata. Novel kali ini lebih tertumpu pada watak Arai dan aku, watak-watak yang tidak atau tidak berapa ditonjolkan di dalam Laskar Pelangi, novel pertama di dalam Tetralogi Laskar Pelangi.

Teruskan membaca

Edensor – Andrea Hirata

 

Edensor adalah novel ketiga di dalam Tetralogi Laskar Pelangi. Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Ikal di dalam mengejar mimpinya. Ikut bersamanya ialah saudara jauhnya, Arai. Berjaya mendapat tempat di Universiti Sorbonne, Perancis. Tinggal di sebuah apartmen berdekatan dengan Menara Eiffel. Mereka meniti kehidupan di situ dengan penuh halangan, nekad dan semangat dek kerana kejutan budaya. Di situlah Ikal bertemu dengan Katya, dewi di situ, biarpun dia belum dapat melupakan Ai Ling, cinta pertamanya itu. Akhirnya mereka hanya bersahabat. Dari sinilah mereka dapat mengembara hingga ke benua Afrika. Menghirup pengalaman yang kadang-kadang memeritkan, mencengangkan, melucukan dan mengharukan.

Teruskan membaca

Maryamah Karpov – Andrea Hirata

 

Maryamah Karpov adalah novel terakhir di dalam Tetralogi Laskar Pelangi. Intinya tentang pengembaraan Ikal mencari Ai Ling, cinta pertamanya. Ikal dibantu oleh sahabat-sahabat lamanya, Laskar Pelangi dan teman-teman dari societiet de lampai. Dengan bantuan mereka terutamanya Lintang dan Mahar untuk membuat kapal yang digelar ‘mimpi-mimpi lintang’ maka pengembaraan mencari Ai Ling berjaya direalisasikan. Mereka bertemu dengan Tuk Bayan Tula dan Dayang Kaw dan akhirnya berjaya menyelamatkan Ai Ling daripada tahanan seorang lanun bernama Tambok. Ikal mahu melamar Ai Ling tetapi hasratnya itu dibantah oleh ayahnya. Akur dengan keputusan ayahnya dan cintanya dengan Ai Ling tidak kesampaian.
Ada juga cerita tentang pertemuan semula Ikal dan Arai. Arai akhirnya bernikah dengan Zakiah Nurmala.

Teruskan membaca

Salina – A. Samad Said

Novel ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Siti Salina yang mengharungi hidup di Singapura selepas Perang Dunia Kedua di Singapura sekitar tahun 1960an. Dia menjadi pelacur untuk meneruskan hidup. Walaupun diselubungi kontrovesi kerana membela Fakar, teman lelaki yang sudah seperti suaminya, Salina juga berjiwa besar. Dialah yang tidak putus-putus-putus memberi semangat dan wang kepada Hilmi, watak sampingan utama di dalam novel ini, iaitu seorang pelajar bijak untuk terus menuntut ilmu. Hilmi yang tinggal bersama ibunya yang tua itu pula selalu mempertahankan Salina daripada umpatan dan cemuhan penduduk kampung. Akhirnya Salina insaf dan berusaha untuk mengubah diri. Bersama Hilmi dia merancang untuk memulakan sebuah perniagaan.

Teruskan membaca

Runcing

Secara ringkasnya,  Runcing menceritakan tentang Kampung Longkai yang dilanda pelbagai kejadian misteri sejak kehadiran Sahak,  menantu Penghulu Khamis.  Lelaki yang mempunyai pendamping yang diwarisinya daripada bapanya,  Semaun,  menggunakan bantuan pendampingnya itu untuk mengembangkan pengaruhnya.  Tetapi usahanya itu berdepan halangan dengan adanya Haji Ipin.  Sahak merasakan usahanya terancam kerana Haji Ipin,  dengan izin ALLAH,  mampu menawarkan penyakit-penyakit misteri yang dilakukannya terhadap beberapa orang penduduk kampung.  Sejak itu penduduk-penduduk kampung mula meragui dirinya.  Kebenciannya terhadap guru agama itu menokok.  Akhirnya dia nekad hendak memusnahkan seterunya itu.  Keadaan semakin meruncing.  Apa selepas itu?  Itu kenalah beli dan baca sendiri ya.

Teruskan membaca

Legasi Pejuang 2

 

Selepas kejadian yang tidak diduga di restoran milik Ken Mushashi Kagiyama di pinggir pelabuhan Hampthon Bay,  Ken dan Kuromoto terpaksa menjadi pelarian.  Mereka berdua terpaksa melarikan diri   dari Amerika ke Jepun.  Ken meninggalkan Kuromoto di rumah bapa saudaranya,  Mushashi Suzuka,  di Kyoto.  Mushashi Suzuka ialah pembuat pedang terkenal di Jepun.  Selepas beberapa lama tinggal di situ akhirnya Kuromoto dijadikan anak angkat oleh Mushashi Suzuka dan isterinya.

Teruskan membaca

Novel Macedonia – Alexander Agung

 

Zamri dan rakan-rakan sekuliahnya ditugaskan oleh pensyarah mereka untuk menyiapkan satu projek sejarah mengenai seorang tokoh sejarah dan sumbangannya kepada dunia. Zamri dan Zainal memilih tokoh yang sama iaitu Iskandar Zulkarnain. Bezanya masing-masing punya pegangan sendiri siapakah tokoh yang namanya dinyatakan di dalam Al-Quran itu. Zamri percaya bahawa Alexander Agung itulah Iskandar Zulkarnain.

Teruskan membaca

Fiksyen 302

 

Blurb : LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Teruskan membaca