BALAS

Langit biru tanpa segaris awan. Matahari bersinar terang. Cahayanya yang panas membahangkan pulau itu. Waktu rehat pekerja pejabat baru sahaja bermula. Ramai pekerja berpusu-pusu keluar pejabat dan segera ke restoran untuk makan tengah hari. Ikut terburu-buru keluar dari pejabat ialah pekerja-pekerja di pejabat dan bank-bank sepanjang Lebuh Pantai. Cuma pekerja-pekerja Bank Of United State sahaja yang tidak keluar dari tempat masing-masing. Mereka sedang mengangkat tangan. Muncung-muncung pistol dan senapang diarahkan kepada mereka.

“Keluar dari tempat masing-masing dan berkumpul di sini!” jerit perompak bertopeng gas kuning. Teruskan membaca