Pulanglah

Ibu putih mata. Abang makan hati. Luka ini belum mahu mati.
Resah mengerumus malam ini. Bulan penuh sayu. Cengkerik berlagu pilu. Seisi rumah dilatari udam penuh duka. Abang sedang duduk di sisi ibu. Yasin baru usai dibacakan. Putik-putik haruman kesturi tiba-tiba menujah hidung. Lalu imej-imej silam pun mengembang jelas di dalam kanta berkristal.

Teruskan membaca

Sudara – Arenawati

 

Sudara pada dasarnya menceritakan mengenai caping yang dipusakai oleh Raja Hamidah. Caping yang dipusakainya itu pula beserta dengan riwayat setiap pemiliknya. Secara langsung setiap riwayat itu bercerita tentang sejarah keturunannya. Sejarah keturunannya adalah sejarah Melayu Makasar. Membaca Sudara seperti membaca sejarah Melayu Makasar – hebatnya mereka di dalam pelayaran, perdagangan, peperangan dan sebagainya.
Membaca Sudara membuatkan aku tertanya-tanya : Apa sejarah keturunan aku?

Teruskan membaca

Laskar Pelangi – Andrea Hirata

Laskar Pelangi

Laskar Pelangi adalah novel pertama dalam tetralogi Laskar Pelangi. Ia mengisahkan tentang sebelas orang anak melayu Belitong yang digelar sebagai Laskar Pelangi oleh guru mereka, Ibu Muslimah, kerana kesenangan mereka terhadap pelangi, yang menempuhi pendidikan dasar dan menengah dengan pelbagai halangan tanpa menyerah kalah. Watak yang paling menonjol di dalam novel ini ialah Lintang dan Mahar. Lintang, si genius dan Mahar seniman cilik yang menggemparkan, memberi begitu banyak warna di dalam novel ini. Kisah mereka berdua selalunya memberi ketawa berdekah dan sedih lara yang berkesan kepada pembaca. Begitu juga dengan sembilan orang kawan-kawan lain yang turut memaknakan novel ini.

Teruskan membaca

Edensor – Andrea Hirata

 

Edensor adalah novel ketiga di dalam Tetralogi Laskar Pelangi. Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Ikal di dalam mengejar mimpinya. Ikut bersamanya ialah saudara jauhnya, Arai. Berjaya mendapat tempat di Universiti Sorbonne, Perancis. Tinggal di sebuah apartmen berdekatan dengan Menara Eiffel. Mereka meniti kehidupan di situ dengan penuh halangan, nekad dan semangat dek kerana kejutan budaya. Di situlah Ikal bertemu dengan Katya, dewi di situ, biarpun dia belum dapat melupakan Ai Ling, cinta pertamanya itu. Akhirnya mereka hanya bersahabat. Dari sinilah mereka dapat mengembara hingga ke benua Afrika. Menghirup pengalaman yang kadang-kadang memeritkan, mencengangkan, melucukan dan mengharukan.

Teruskan membaca

Maryamah Karpov – Andrea Hirata

 

Maryamah Karpov adalah novel terakhir di dalam Tetralogi Laskar Pelangi. Intinya tentang pengembaraan Ikal mencari Ai Ling, cinta pertamanya. Ikal dibantu oleh sahabat-sahabat lamanya, Laskar Pelangi dan teman-teman dari societiet de lampai. Dengan bantuan mereka terutamanya Lintang dan Mahar untuk membuat kapal yang digelar ‘mimpi-mimpi lintang’ maka pengembaraan mencari Ai Ling berjaya direalisasikan. Mereka bertemu dengan Tuk Bayan Tula dan Dayang Kaw dan akhirnya berjaya menyelamatkan Ai Ling daripada tahanan seorang lanun bernama Tambok. Ikal mahu melamar Ai Ling tetapi hasratnya itu dibantah oleh ayahnya. Akur dengan keputusan ayahnya dan cintanya dengan Ai Ling tidak kesampaian.
Ada juga cerita tentang pertemuan semula Ikal dan Arai. Arai akhirnya bernikah dengan Zakiah Nurmala.

Teruskan membaca

Salina – A. Samad Said

Novel ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Siti Salina yang mengharungi hidup di Singapura selepas Perang Dunia Kedua di Singapura sekitar tahun 1960an. Dia menjadi pelacur untuk meneruskan hidup. Walaupun diselubungi kontrovesi kerana membela Fakar, teman lelaki yang sudah seperti suaminya, Salina juga berjiwa besar. Dialah yang tidak putus-putus-putus memberi semangat dan wang kepada Hilmi, watak sampingan utama di dalam novel ini, iaitu seorang pelajar bijak untuk terus menuntut ilmu. Hilmi yang tinggal bersama ibunya yang tua itu pula selalu mempertahankan Salina daripada umpatan dan cemuhan penduduk kampung. Akhirnya Salina insaf dan berusaha untuk mengubah diri. Bersama Hilmi dia merancang untuk memulakan sebuah perniagaan.

Teruskan membaca

Runcing

Secara ringkasnya,  Runcing menceritakan tentang Kampung Longkai yang dilanda pelbagai kejadian misteri sejak kehadiran Sahak,  menantu Penghulu Khamis.  Lelaki yang mempunyai pendamping yang diwarisinya daripada bapanya,  Semaun,  menggunakan bantuan pendampingnya itu untuk mengembangkan pengaruhnya.  Tetapi usahanya itu berdepan halangan dengan adanya Haji Ipin.  Sahak merasakan usahanya terancam kerana Haji Ipin,  dengan izin ALLAH,  mampu menawarkan penyakit-penyakit misteri yang dilakukannya terhadap beberapa orang penduduk kampung.  Sejak itu penduduk-penduduk kampung mula meragui dirinya.  Kebenciannya terhadap guru agama itu menokok.  Akhirnya dia nekad hendak memusnahkan seterunya itu.  Keadaan semakin meruncing.  Apa selepas itu?  Itu kenalah beli dan baca sendiri ya.

Teruskan membaca