#2. MENANGKAP IDEA : SAMBUTAN KARPET MERAH

red-carpet

Seperti yang ditulis sebelum ini, idea boleh muncul secara tiba-tiba atau dicari (baca di sini). Baik ia muncul secara tiba-tiba atau dicari, ia perlu ditangkap.

Jika tidak, ia akan jadi rama-rama yang berterbangan. Meninggalkan kita.

Kalau hendak menangkap rama-rama , lepidopterist atau pengkaji rama-rama dan serangga memerlukan tangguk dan sampul glassine. Jadi sebagai seorang bakal penulis atau penulis, apa alat yang kita perlukan untuk menangkap idea? Teruskan membaca

FANA SIRI #17

BAB 34

Roshil memanggil pakar-pakar soal siasat PPA yang mengendalikan soal siasat terhadap Sayyid Muhaimin itu. Kesemua mereka adalah kenalannya.

“Apa pendapat engkau, Martin?” tanya Roshil.

“Sukar. Dia tidak mahu mengaku walaupun diseksa dengan teruk,” jawab Martin.

“Mungkinkah dia tidak terlibat dalam serangan itu?” tanya Roshil. Hatinya lima puluh lima puluh sekarang. Melihat kesungguhan Sayyid Muhaimin menegaskan dirinya tidak bersalah walaupun diseksa teruk tadi menerbitkan rasa was-was terhadap sangkaan liarnya sebelum ini.

“Aku pun ada fikir begitu,” jawab Nancy. “Tiada tanda-tanda dia berbohong.”

“Aku juga fikir begitu,” sambut Glenn. “Hanya agen terlatih sahaja yang mampu mengatasi seksaan-seksaan itu. Itu pun bukan semua tapi segelintir sahaja.”

“Mungkinkah dia seorang agen terlatih?” tanya Roshil. Teruskan membaca

FANA SIRI #16

BAB 32

Mereka melalui perjalanan yang amat panjang. Bertukar kenderaan beberapa kali. Mula-mula helikopter kemudian kapal terbang dan terakhir kapal selam. Akhirnya barulah mereka sampai di salah sebuah penjara rahsia Alam Hitam. Penjara rahsia yang paling rahsia itu terletak di sebuah pulau rahsia di satu kawasan terpencil di Lautan Atlantik. Ia tidak pernah dipetakan dalam mana-mana peta. Kewujudannya hanya diketahui oleh segelintir manusia di dunia. Sama seperti Pulau Kayel. Hanya berlainan fungsi. Pulau itu dipanggil Pulau Merah.

Di atas Pulau Merah itu ada sebuah bukit. Di dalam bukit itulah penjara rahsia itu dibina. Satu-satunya cara memasuki penjara rahsia itu ialah melalui pintu di bawah air. Sebuah terusan dibina dari gua semulajadi di sisi bukit hingga ke pintu tersebut.

Kapal selam mini yang membawa Sayyid Muhaimin dan Tok Mula tiba di pintu di bawah air itu. Pintu itu terbuka selepas mendapat pelepasan dari pusat operasi penjara rahsia tersebut. Kapal selam itu masuk perlahan-lahan dan mengambil posisi yang sudah ditentukan. Air dikeluarkan dari tangki balas dan diganti dengan udara. Kapal selam mini itu naik ke permukaan perlahan-lahan.

Sayyid Muhaimin dan Tok Mula dibawa keluar dari kapal selam mini itu. Mereka diserahkan kepada sekumpulan pegawai penjara rahsia tersebut. Dibawa ke bilik-bilik berasingan. Dibuka penutup kepala. Dibiarkan di situ beberapa ketika sebelum didatangi oleh beberapa orang pegawai penjara rahsia itu.

Kemudian mereka berdua diimbas cap jari, retina, gigi dan seluruh anggota badan untuk didokumentasikan. Mereka berdua diletakkan di bawah kod satu iaitu tahanan berprofil tinggi yang akan ditempatkan di sayap penjara yang mempunyai paras keselamatan paling maksimum.

Selepas menjalani proses dokumentasi mereka dihantar ke sel masing-masing. Sel mereka berdua saling bertentangan.

“Masuk goyim!!!” pekik salah seorang warden penjara yang membawa Sayyid Muhaimin dan Tok Mula ke sel masing-masing dari bilik pendokumentasian. Teruskan membaca

FANA SIRI #15

BAB 29

Selepas berjalan beberapa jam akhirnya Sayyid Muhaimin dan sahabat-sahabatnya itu tiba di hadapan sebuah gua yang disebut sebagai Gua Balam itu.

Mereka masuk ke dalam gua tersebut. Gua itu bersih, nyaman dan berbau harum. Lantai gua itu bersih. Tiada najis kelawar walau setompok pun. Tiada juga daun-daun kering walau sehelai pun. Kelihatan lantai itu seperti selalu disapu oleh seseorang. Di kiri kanannya terdapat mata air yang mengalir tenang. Airnya jernih kristal.

Mereka tiba di tengah-tengah gua itu. Ruang tengah gua itu besar. Berbentuk bulat. Siling di situ tinggi berbanding ruang lain. Siling itu berlubang di lima tempat. Cahaya matahari menembusi ruang tengah gua itu melalui lubang-lubang itu. Jalur-jalur cahaya matahari itu membentuk tompokan-tompokan cahaya yang amat cantik di tengah-tengah ruang tersebut. Beberapa ekor burung berwarna warni keluar masuk dari lubang-lubang itu. Berpusing-pusing di sekeliling ruang tersebut dan kemudian menghilang keluar melalui lubang-lubang itu. Beberapa mata air pula kelihatan keluar dari dinding-dinding gua itu. Bertingkat-tingkat dan membentuk satu pancuran air yang amat mempesonakan. Percikan air pancut itu menghasilkan bunyi yang menenangkan hati. Tempias yang dihasilkannya pula menyamankan udara sekitar.

“MasyaALLAH…” ucap Sayyid Muhaimin dan sahabat-sahabatnya. Mereka terpesona dengan keindahan alam tersebut. Teruskan membaca

FANA SIRI #14

BAB 27

Sayyid Muhaimin dan sahabat-sahabatnya meneruskan pengembaraan. Mereka kembali kepada tujuan asal pengembaraan mereka iaitu untuk mencari Sayyid Awalluddin dan Sayyid Mikyad. Mereka terus ke Pulau Mantra. Di Pulau Mantra itu mereka menginap di rumah Azmi, kenalan Raden Ehsan.
“Sayyid Awalluddin?” tanya Azmi selepas diberitahu tentang hajat mereka ke situ.
“Ya. Pernah tak bertemu atau setidak-tidaknya ada mendengar namanya disebut di sini?” tanya Sayyid Muhaimin. Teruskan membaca

FANA SIRI #13

BAB 26

Sayyid Muhaimin bersyukur kerana diizinkan ALLAH menerangkan kebenaran kepada Roshil. Dia percaya, jika tidak banyak, sedikit Roshil pasti terkesan juga dengan kebenaran yang dinyatakannya.

Kereta meluncur laju dipandu Adnan.

“Aku berdoa dia diberi petunjuk oleh ALLAH,” kata Adnan tiba-tiba. Dia memerhati riak muka Roshil sepanjang pertemuan tadi. Dia percaya pemuda itu benar-benar ingin mencari kebenaran.

Sayyid Muhaimin yang duduk di sebelah menjawab, “Mudah-mudahan ALLAH makbulkan usaha dan doa kita. Amin.”

“Amin,” sambut Adnan.

Sebaik Adnan habis mengaminkan doa Sayyid Muhaimin itu, tiba-tiba stereng kereta itu kaku. Ia seperti dikunci. Adnan cuba memusing-musingkan stereng itu berkali-kali. Tetapi stereng itu tetap kaku. Kereta meluncur tegak. Selekoh tajam 150 meter di hadapan.

Kereta itu mendiagnosis masalah. Beberapa saat kemudian keputusan diagnosis terpampang di skrin pada papan pemuka. Tertera di situ : ‘Masalah : Kegagalan Sistem Kemudi! Punca : Gelombang Elektromagnet!’

Sayyid Muhaimin pantas melihat cermin pandang belakang. Ada beberapa buah suv sama jenis dan warna sedang mengekori. Suv-suv itu bergerak laju dan semakin menghampiri kereta mereka. “Kita dikejar Adnan!” katanya. Teruskan membaca

FANA SIRI #12

BAB 25

Roshil mengalah pada desakan hatinya. Dia membuang egonya jauh-jauh. Kebenaran adalah lebih penting. Lantas dia segera menulis sebuah pesanan. Pesanan itu diserahkannya kepada Simon untuk diserahkan kepada Sayyid Muhaimin. Perkara itu dilakukan secara senyap-senyap. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Roshil tidak mahu rakan-rakan lain mengetahui apa yang bergolak di dalam hatinya itu. Dia khuatir jika mereka segera mengandaikan tindakannya itu sebagai mula cenderung kepada Islam.

Simon berjaya melaksanakan tugasnya. Pesanan Roshil selamat tiba di tangan Sayyid Muhaimin. Mujurlah Sayyid Muhaimin dan kawan-kawannya belum mendaftar keluar dari hotel.

Sayyid Muhaimin membaca pesanan Roshil itu sambil Simon duduk menunggu di hadapannya.

Pesanan Roshil : ‘Bolehkah kita bertemu untuk membincangkan lebih mendalam tentang pertanyaan-pertanyaan engkau itu? Sekiranya boleh nyatakan masa dan tempatnya.’

“Bagaimana?” tanya Simon sebaik dilihatnya Sayyid Muhaimin melipat semula kertas pesanan Roshil yang diberikannya itu. Teruskan membaca