FANA SIRI #23

Bab 50

Katherine segera kembali ke Hotel Firdaus. Dari situ, dengan bantuan Aisyah yang rupa-rupanya adalah adik perempuan kepada Pengiran Lutfi, dia dan Sharlene dibawa keluar meninggalkan hotel tersebut melalui pintu belakang. Agen-agen wanita PPA dari kedutaan yang diketuai oleh Jenny sampai ke Hotel Firdaus sebaik mereka berdua masuk ke dalam kereta Aisyah. PPA baru sahaja mendapat maklumat daripada Dania tentang penglibatan Katherine di dalam kejadian di Pulau Merah tempoh hari.

Ketika kereta yang membawa Katherine dan Sharlene meninggalkan kawasan hotel tersebut, Jenny dan kumpulannya sudah pun tiba di hadapan pintu Suite 99. Sistem kunci Suite 99 itu digodam. Selepas beberapa minit mencuba pintu itu akhirnya berjaya dibuka. Teruskan membaca

Advertisements

FANA SIRI #22

Bab 48

Katherine tahu, malah semua hadirin juga tahu, bahawa dia kalah dan Pengiran Lutfi menang. Secara tersiratnya ialah bon kalah dan sukuk menang. Hujah-hujahnya untuk mengangkat bon dan merendah-rendahkan sukuk mudah dipatahkan oleh Pengiran Lutfi. Hujah-hujah Pengiran Lutfi untuk menerangkan tentang sukuk yang sebenarnya terutamanya kepada komuniti kewangan dari Alam Hitam tidak mampu dipatahkan oleh Katherine. Teruskan membaca